Saturday, February 3, 2007

Bengkel Penulisan JIM Selangor-Kisah sekilo tapai




Tapai boleh dicampur dengan ramuan lain untuk dijadikan hidangan yang enak...











Mak Misahpun membuka bekas-bekas tapai diperamnya sepanjang minggu lepas. Bekas bertutup biru dibiarkan manapai sejak Isnin lalu. Bekas bertutup merah baru dua hari diperam. MasyaAllah! Tapai-tapai ubi dalam bekas biru tu sungguh lemak dan sedap dimakan.Tapai-tapai nasi dala, bekas merah tak kurang enaknya.






Itulah kita.Ibarat tapai diperam. Potensi mengarang kita memang lama terpendam kan? Saya ni pulak, entah berapa zaman terbantut. Jangan-jangan dah berbau busuk masam macam beras direndam bawah pokok pisang untuk dibuat bedak sejuk.






Benda terendam lagikan sedap berguna, inikan pulak bakat terpendam.






Oh dunia maya, terimalah luahan dari kami! Mudah-mudahan karya-karya kami menjadi pengantara untuk kita mengadap Allah dan terus dimasukkan ke syurga tanpa dihisab. Kami ibarat anak-anak yang baru dihantar ke alam fana dari alam azali. Kami baru mahu belajar mengiring. Kami diberikan naluri menjerit bila lapar, menghisap bila makan dan menangis bila basah. Hulurkan tangan anda membantu kami. Kami yakin fithrah kami boleh berkembang dan membantu dunia.















Pasukan wanita-wanita berbakat tetapi terpendam






Inilah pasukan kami....








ibucerdik2007

Bengkel Penulisan: Assignment Pertama




Hari Ibu

Gempabumi di Taiwan 2006 mengemparkan dengan penemuan mangsa terawal iaitu sepasang ibu dan anak didapati mati dalam keadaan si ibu memeluk erat anaknya. Ia menggambarkan betapa sejati kasih ibu yang melindungi anaknya walaupun nyawanya sendiri terkorban. Seorang wanita hamil dijumpai selamat walaupun hanyut semasa Tsunami Aceh 2004 . Beliau terapung selama tiga minggu lamanya sebelum dijumpai di pesisiran Malaysia. Kehamilan sulungnya memberi beliau semangat untuk bertarung dengan badai di laut . Kisah pahlawan terbilang Iskandar Zulkarnian, meriwayatkan ia sentiasa merujuk kepada ibunya untuk mendapat nasihat. Sebagai isteri pertama raja, ibunya amat berpengalaman dan selok belok peperangan. Iskandar dididik menuju cita-citanya untuk meluaskan empayar jajahan.


Itulah manusia bergelar ibu. Kasih sayang mereka tak mungin berbelah bagi. Pengorbanan mereka sentiasa berterusan. Para ibu sentiasa cekal dan bersemangat menjalani kehidupan. Mereka sabar menempuhi ranjau. Mereka juga setia pada darah dagingnya.